Makan2U

Terma & Syarat / Terms & Conditions

Terma dan Syarat

1. Pengenalan

Selamat datang ke Makan2U, platform yang dikendalikan dan diuruskan oleh HALAL HUB DEVELOPMENT SERVICES ("HHDS").

Di bawah adalah Terma dan Syarat penggunaan laman web Makan2U kami ("Laman Web") (kami merujuk kepada laman web dan perkhidmatan yang disediakan di dalam Laman Web ini dan / atau Aplikasi Peranti Mudah Alih seperti yang diterangkan di dalam Laman Web ini secara kolektif sebagai "Perkhidmatan"). Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat ini.

Sekiranya anda mengakses dan / atau menggunakan Laman Web / Perkhidmatan ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat am ini atau syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh HHDS jika berkaitan, dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, HHDS sebagai penyedia perkhidmatan Laman Web ini bagi akses dan / atau penggunaan Laman Web ini.


2. Definisi

"HHDS" - singkatan kepada Halal Hub Development Services (sebuah entiti perniagaan sah yang berdaftar dengan SSM); selaku pemilik dan pengendali laman web / perkhidmatan Makan2U.

"Makan2U" - laman web / perkhidmatan yang dimiliki dan dikendalikan oleh HHDS; boleh dicapai melalui alamat URL rasminya https://www.Makan2U.com.my. Makan2U juga boleh dicapai melalui alamat URL https://www.Makan2U.my dan juga https://www.Makan2U.com.

"Admin" - individu atau sekumpulan individu yang diberikuasa untuk mentadbir perjalanan sistem Makan2U; termasuk pangkalan data, sistem rangkaian kerja, "server" dan apa sahaja yang berhubungan dengan itu yang membentuk suatu sistem yang lengkap.

"Web Hosting Provider" - pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan penempatan sistem laman web ini, pangkalan data, email dan banyak lagi; yang membolehkan pihak pengguna mengakses dan menggunakan laman web ini melalui internet.

"Pengguna" - mana-mana individu yang mengakses atau menggunakan laman web / perkhidmatan Makan2U tanpa semestinya berdaftar dan membuka akaun keahlian di Makan2U.

"Ahli" - mana-mana Pengguna Makan2U yang telah mendaftar dan membuka akaun keahlian di Makan2U.

"Dashboard" - Antaramuka (interface) utama yang digunakan oleh Ahli Makan2U bagi tujuan kawalan / pengurusan maklumat dan transaksi penting di Makan2U.

"Seller" - Ahli Makan2U yang menawarkan produk jualan (makanan, minuman dan seumpamanya) kepada Ahli Makan2U yang lain melalui Laman Web / Perkhidmatan ini.

"Buyer" - Ahli Makan2U yang membuat pembelian daripada Seller melalui transaksi di Laman Web / Perkhidmatan ini.

"Runner" - Ahli Makan2U yang membuat penghantaran item jualan daripada Seller kepada Buyer apabila sesuatu transaksi jual-beli berlaku di Laman Web / Perkhidmatan ini. Dalam kebanyakan transaksi di Laman Web / Perkhidmatan ini, Seller akan turut berperanan sebagai Runner bagi item jualannya sendiri.

"Oncall Runner" - Ahli Makan2U yang menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada Seller yang beroperasi di kawasan poskod yang sama. Oncall Runner ini merupakan "freelancepreneur" (bekerja sendiri dan tidak digajikan oleh HHDS) dan menentukan sendiri caj penghantaran bagi setiap tugasan yang akan dilaksanakan olehnya.

"Rakan-Niaga" - Ahli Makan2U yang membuat kerja-kerja promosi secara "freelancepreneur" dan menerima bayaran komisen daripada HHDS bagi setiap transaksi yang berjaya.

"PPC" - singkatan kepada Pre-Paid Credit (Kredit Pra-Bayar); nilai kredit bagi menggantikan wang tunai, digunakan oleh ahli Makan2U terutamanya Seller, bagi membayar kepada HHDS apa-apa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh HHDS.
Konsepnya sama seperti penggunaan kad prepaid telefon; anda perlu mengisi nilainya terlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya.

"Sponsored List Ads" - satu kaedah pengiklanan dengan cara memposisikan item jualan yang terlibat pada 3 posisi teratas dalam senarai-item pada 3 halaman pertama carian dan paling diberi perhatian oleh pengguna apabila membuat carian.

"Featured Ads" - satu kaedah pengiklanan dengan cara menampilkan item jualan yang terlibat pada ruangan khas samada di sisi kanan / bawah kandungan utama.


3. Umum

Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi, Pernyataan Penafian, Deklarasi Komitmen 13 Perkara Halalan Toyyiban dan syarat-sayarat lain samada secara khusus atau standard. Sekiranya ada antara Dasar Privasi, Pernyataan Penafian dan syarat-syarat lain ksamada secara khusus atau standard yang tidak konsisten atau bercanggah dengan terma-terma dan syarat-syarat ini, anda bersetuju bahawa HHDS mempunyai hak menerimapakai terma-terma dan syarat-syarat samada secara khusus atau standard mengikut kehendak HHDS.

Sekiranya mana-mana peruntukan terma-terma atau syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Walau apapun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini, anda dengan ini bersetuju bahawa akses dan penggunaan Laman Web / Perkhidmatan ini adalah atas risiko anda sendiri dan anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada penggunaan Laman Web / Perkhidmatan ini. Jika pada bila-bila masa anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses anda kepada Laman Web ini.

Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.


4. Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa HHDS tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau "exemplary", termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  • Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  • Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
  • Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  • Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di Laman Web / Perkhidmatan ini; atau
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Laman Web / Perkhidmatan ini.


5. Peraturan Penggunaan

Dengan menggunakan Laman Web / Perkhidmatan ini, anda bersetuju tidak akan memuat naik, menyiarkan atau dengan cara lain menghantar atau mendedahkan mana-mana kandungan (termasuk pautan teks, komunikasi, perisian, imej, bunyi, data atau maklumat lain) yang tidak selaras dengan penggunaan dibenarkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Palsu, tidak tepat, mengelirukan, menyalahi undang-undang, merbahaya, mengancam, menghina, berbelit-belit, mengganggu, fitnah, fitnah bertulis, invasif bagi satu keperibadian orang lain, kasar, duniawi, berorientasikan seks / tidak senonoh / jelas, lucah, perkauman atau selainnya yang tidak menyenangkan;
  • Mencadangkan atau menggalakkan aktiviti haram;
  • Melanggar mana-mana undang-undang, hak-hak pihak ketiga, atau melanggar apa-apa paten, tanda perdagangan, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak-hak proprietari lain bagi mana-mana pihak;
  • Akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem;
  • Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran yang sah;
  • Menjual semula atau menyediakan Laman Web / Perkhidmatan ini atau mana-mana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya;
  • Membentuk pengiklanan atau promosi, "junk mail", "spamming", surat berangkai atau apa-apa permintaan lain yang tak sah. Pautan kepada laman web komersial tidak akan dianggap sebagai permintaan tak sah melainkan pautan atau kandungan laman web kelihatan bakal sebagai satu cara permintaan seperti yang ditentukan oleh HHDS atas budi bicara mutlaknya;
  • Menggunakan atau menyertakan sebarang "virus", "Trojan horses", "time bombs", "worms", "cancelbots" atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana sistem; atau mengganggu Perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada "mailbombing", "flooding", "broadcast attacks database" atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem Laman Web ini;
  • Menyediakan mana-mana maklumat sulit mengenai HHDS atau mana-mana syarikat atau individu lain tanpa kebenaran untuk berbuat demikian. Ini termasuk menyediakan nama, alamat dan sambungan nombor kakitangan HHDS dan mana-mana pengguna yang lain; atau
  • Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, kakitangan HHDS atau hos atau memberikan gambaran yang salah tentang hubungan anda dengan individu atau entiti;

HHDS mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda Laman Web / Perkhidmatan ini, mengeluarkan atau menolak sebarang perkara yang melanggar Peraturan Penggunaan. HHDS mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan.


6. Hak Proprietari

Laman Web / Perkhidmatan ini adalah hak milik HHDS. Laman Web / Perkhidmatan ini adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan hak-hak proprietari lain.

Tiada lesen atau hak diberikan kepada anda, dan akses anda ke Laman Web / Perkhidmatan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana isi kandungan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada HHDS atau pemilik pihak ketiga hak proprietari yang berkaitan.


7. Tanda Dagang

Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di dalam Laman Web / Perkhidmatan ini adalah hak milik HHDS dan / atau pemilik pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Laman Web / Perkhidmatan ini.

Melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada HHDS atau pemilik pihak ketiga mana-mana tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang dipaparkan dalam Laman Web / Perkhidmatan ini telah diperolehi, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses Laman Web / Perkhidmatan ini untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo.

Begitu juga, melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada HHDS atau pemilik yang berkaitan itu, tiada tanda dagang tersebut, tanda perkhidmatan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke Laman Web / Perkhidmatan ini atau mana-mana laman lain.


8. Pindaan

HHDS berhak untuk mengemaskini, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. Semua pengemaskinian, pindaan dan / atau perubahan akan dipaparkan dalam Laman Web / Perkhidmatan ini dan penggunaan berterusan oleh anda di Laman Web / Perkhidmatan ini selepas pengemaskinian, pindaan dan / atau perubahan yang telah dipaparkan akan dianggap sebagai pematuhan anda, pengakuan dan penerimaan kepada Terma dan Syarat yang dikemaskinikan.


9. Pautan

Pautan dari atau ke mana-mana laman web di luar Laman Web / Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk kemudahan sahaja. Pautan laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan HHDS. HHDS tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan laman-laman web tersebut, pihak ketiga yang dinamakan dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka.

Pautan yang disediakan di dalam Laman Web / Perkhidmatan ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan laman-laman web tersebut atau kandungan di dalamnya oleh HHDS. Pautan ke laman web lain adalah atas risiko anda sendiri dan HHDS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan berkaitan dengan pautan.


10. Penghantaran Melalui Laman Web Dan / Atau Peranti Mudah Alih

Bagi tujuan keselamatan penghantaran maklumat melalui Laman Web / Perkhidmatan ini, "Secure Sockets Layer (SSL)" digunakan bagi penyulitan (encryption) maklumat tersebut. Walaupun HHDS akan berusaha untuk memastikan keselamatan maklumat, HHDS tidak menjamin kekuatan atau keberkesanan penyulitan maklumat tersebut dan HHDS tidak bertanggungjawab serta tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kejadian yang timbul akibat pengaksesan tanpa izin maklumat yang diberikan itu. Ini adalah disebabkan keadaan semulajadi Internet, penghantaran itu mungkin tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, kelewatan penghantaran dan kesilapan penghantaran data.

HHDS juga tidak akan bertanggungjawab serta tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kegagalan kemudahan komunikasi yang boleh menjejaskan ketepatan masa transaksi.


11. Gangguan Sistem Komputer

HHDS tidak akan bertanggungjawab serta tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem komputer anda.

Anda akan bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan / atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau apa sahaja yang seumpamanya yang boleh menimbulkan kerosakan / kerugian kepada pihak anda.

HHDS tidak akan bertanggungjawab serta tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Laman Web / Perkhidmatan ini.


12. Kerahsiaan Maklumat

Seperti yang digariskan dalam Dasar Privasi, dengan menggunakan Laman Web / Perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan kami untuk mengumpul , menggunakan, mendedahkan dan / atau memproses data peribadi anda seperti yang diterangkan secara terperinci dalam Dalam Privasi tersebut.

Anda bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan semasa menggunakan Laman Web / Perkhidmatan ini, di mana maklumat boleh diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan dan bersetuju untuk tidak meletakkan tanggungjawab kepada HHDS di atas sebarang akses yang tidak dibenarkan atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripadanya.

Anda hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan Kata Laluan / Password anda dan tidak mendedahkan Kata Laluan / Password anda kepada sesiapa pada masa bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan samada sengaja atau tidak sengaja.

Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan Kata Laluan / Password atau secara amnya berkenaan dengan penggunaan Laman Web / Perkhidmatan ini.

Anda menerima tanggungjawab bahawa dalam apa-apa keadaan di mana Kata Laluan / Password anda dimaklumkan kepada mana-mana orang lain samada secara sengaja atau tidak sengaja, anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan pendedahan, penemuan atau anda mesti memaklumkan kepada HHDS dengan segera.


13. Caj / Yuran

Anda bersetuju dan mengakui bahawa HHDS mempunyai hak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengenakan caj atau yuran bagi penggunaan mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan menerusi Laman Web / Perkhidmatan ini apabila telah memberikan makluman terlebih dahulu.


14. Pengenepian

Sekiranya HHDS gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah Terma dan Syarat ini atas apa jua sebab, HHDS hendaklah tidak ditafsirkan sebagai mengenepikan hak HHDS untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak kami terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan, berjaya atau berikutnya atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini oleh anda.

Jika mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini ditetapkan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang terpakai, maka peruntukan yang tidak sah dan tidak dapat dikuatkuasakan itu dianggap digantikan oleh peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan dengan tujuannya paling dekat dengan peruntukan asal dan peruntukan yang selebihnya dalam Terma dan Syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.

Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata di dalam ini adalah terpelihara.


15. Pengecualian Liabiliti

HHDS dan / atau ejen-ejennya di dalam mana-mana situasi dengan ini tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul samada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau apa-apa asas yang lain, termasuk tanpa had, secara langsung, tidak langsung atau sebarang kerosakan, atau kerugian atau keuntungan atau simpanan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan anda atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Laman Web / Perkhidmatan ini (atau mana-mana pautan pihak ketiga ke atau dari Laman Web ini), kebergantungan kepada maklumat yang terkandung di dalam Laman Web / Perkhidmatan ini, apa-apa kegagalan teknikal, perkakasan atau mana-mana jenis perisian, gangguan, kesilapan, maklumat yang tertinggal, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya.

Klausa pengecualian ini hendaklah berkuat kuasa sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.


16. Indemniti

Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung kerugian dan menanggung rugi HHDS, terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, kos, tuntutan, yuran (termasuk yuran peguamcara atas dasar peguamcara dan anak guam) dan semua perbelanjaan yang timbul daripada sebarang pelanggaran ke atas mana-mana Terma dan Syarat Laman Web / Perkhidmatan ini disebabkan oleh ketidakpatuhan, ketidakakuran anda, keengganan pengecualian anda daripada tatacara dan prosedur dalam Laman Web / Perkhidmatan ini, kecuaian dalam melaksanakan kewajipan anda dan pelanggaran mana-mana hak harta intelek di mana-mana bahagian Laman Web / Perkhidmatan ini, dan apa-apa liabiliti yang timbul daripada kecuaian anda atau salah laku secara sengaja atau dari ketidakpatuhan, ketidakakuran, keengganan dan pengecualian daripada langkah-langkah dan prosedur di dalam Laman Web / Perkhidmatan ini, kecederaan tubuh badan, kematian mana-mana individu atau kerosakan kepada mana-mana harta peribadi.


17. Penamatan

HHDS berhak untuk menamatkan / menahan akses anda ke Laman Web / Perkhidmatan ini pada bila-bila masa, secara keseluruhan atau sebahagian tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya anda melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan / atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak HHDS / pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau anda telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.


18. Undang-Undang Dan Bidang Kuasa

Terma dan Syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan mengakses Laman Web / Perkhidmatan ini, anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.


19. Bayaran

Khusus kepada "Seller" dan "Pengiklan" di Laman Web / Perkhidmatan ini, anda hendaklah memastikan bahawa terdapat baki unit Prepaid Credit (PPC) yang mencukupi pada setiap masa bagi membolehkan mana-mana transaksi yang menggunakan PPC ini sebagai kaedah bayaran caj perkhidmatan di Laman Web / Perkhidmatan ini tidak terganggu disebabkan oleh kekurangan baki unit PPC di dalam akaun anda.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang gangguan transaksi perniagaan anda di Laman Web / Perkhidmatan ini yang disebabkan oleh kekurangan baki unit PPC di dalam akaun anda.


20. Penafian

Isi Kandungan dan Maklumat yang disediakan oleh HHDS berdasarkan "sedia ada" dan "sebagaimana tersedia". Rujukan kepada Isi Kandungan dan Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web / Perkhidmatan ini adalah termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga. HHDS tidak memberi jaminan bahawa perkhidmatan melalui Laman Web / Perkhidmatan ini akan disediakan pada setiap masa.

HHDS tidak memberikan sebarang jaminan nyata atau tersirat, representasi, atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, pelanggaran hak, kebolehdagangan, kegunaan, operasi, kesempurnaan, terkini, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu berhubung dengan Laman Web / Perkhidmatan ini, Isi Kandungan, Maklumat dan / atau fungsi di dalamnya secara jelas menafikan liabiliti bagi kesilapan dan ketinggalan dalam Isi Kandungan dan / atau Maklumat. Tanpa pengurangan kepada peruntukkan di atas dan / atau terma dan syarat perjanjian berkenaan dengan produk dan perkhidmatan HHDS, langkah-langkah sewajarnya akan diambil oleh HHDS untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkaitan transaksi dan produk dari HHDS.

Anda, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana Isi Kandungan dan / atau Maklumat yang digunakan / diperolehi dari Laman Web / Perkhidmatan ini dan / atau mana-mana Isi Kandungan dan / atau Maklumat yang dikemukakan / dihantar ke Laman Web / Perkhidmatan ini. Anda hendaklah bersetuju bahawa apa-apa maklumat yang digunakan / didapatkan dari Laman Web / Perkhidmatan ini dan / atau apa-apa maklumat yang dikemukakan / dihantar ke Laman Web / Perkhidmatan ini untuk tujuan perkhidmatan adalah lengkap, tepat, boleh dipercayai, terkini dan bebas daripada kesilapan. Dalam apa keadaan HHDS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa maklumat yang digunakan / diperolehi dari Laman Web / Perkhidmatan ini dan / atau apa-apa maklumat yang dikemukakan / dihantar ke Laman Web / Perkhidmatan ini.

Dengan mengakses masuk ke akaun ahli di Laman Web / Perkhidmatan ini dan dengan menggunakannya, anda dengan ini akan mematuhi prosedur yang ditetapkan di dalamnya. Sekiranya anda memilih untuk tidak menggunakan apa-apa langkah / prosedur untuk tujuan perkhidmatan tersebut, anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk pilihan yang dibuat dan tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas HHDS untuk sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa maklumat yang digunakan / diperolehi dari Laman Web / Perkhidmatan ini dan / atau apa-apa maklumat yang dikemukakan / dihantar ke Laman Web / Perkhidmatan ini.


21. Aplikasi Peranti Mudah Alih

Anda mengakui bahawa muat turun dan / atau penggunaan Aplikasi Peranti Mudah Alih adalah atas risiko anda sendiri dan muat turun dan / atau penggunaan Aplikasi Peranti adalah setiap masa tertakluk kepada terma tambahan seperti berikut :

  • Anda tidak boleh menggunakan Peranti Mudah Alih bagi tujuan selain dari untuk tujuan Perkhidmatan dan / atau bagi tujuan sepertimana yang ditentukan oleh HHDS dari semasa ke semasa;
  • Anda hendaklah bertanggungjawab ke atas penggunaan Aplikasi Peranti Mudah Alih di dalam Peranti Mudah Alih anda;
  • Anda tidak boleh membenarkan atau membolehkan mana-mana individu mengakses Aplikasi Peranti Mudah Alih atau membiarkan Peranti Mudah Alih tanpa pengawasan yang boleh menyebabkan individu mengakses Aplikasi Peranti Mudah Alih;
  • Anda tidak boleh membuat semula, menyusun semula, kejuruteraan berbalik dan cuba untuk mendapatkan "source code", mengubahsuai, membuat kerja terbitan Aplikasi Peranti Mudah Alih, pengemaskinian perisian atau mana-mana bahagian ke atas Aplikasi Peranti Mudah Alih berkenaan;
  • Anda tidak boleh menggunakan Aplikasi Peranti Mudah Alih bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang, akta, peraturan atau undang-undang kecil bagi mana-mana bidang kuasa berkenaan;
  • Anda hendaklah memuat turun Aplikasi Peranti Mudah Alih dari Apple App Store, Google Play atau aplikasi yang dibenarkan oleh HHDS;
  • Anda tidak boleh memasang atau menggunakan Aplikasi Peranti Mudah Alih pada "jail-broken" atau "rooted device" yang boleh menjejaskan ciri-ciri keselamatan Peranti Mudah Alih; dan
  • Anda bersetuju bahawa HHDS berhak untuk mengemaskini, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Aplikasi Peranti Mudah Alih pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa notifikasi kepada anda.

Anda bersetuju bahawa HHDS tidak akan bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan untung, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif , teladan atau khas yang timbul dari kerosakan atau pencemaran atau kegagalan Aplikasi Peranti Mudah Alih, perkakasan atau perisian yang digunakan berkaitan dengan Aplikasi Peranti Mudah Alih.


Bertarikh: 1 November, 2019 (MAKAN2U/TERM/1911/00/00)


Terms and Conditions

1. Introduction

Welcome to Makan2U, a platform operated and managed by HALAL HUB DEVELOPMENT SERVICES ("HHDS").

Below are the Terms and Conditions of use of our Makan2U website (the "Website") (we refer to the sites and services provided on this Website and / or Mobile Device Application as described in this Website collectively as "Services"). Please read and understand these Terms and Conditions.

If you access and / or use this Website / Service, it is your acknowledgment and agreement that you are bound by these general terms and conditions or the specific terms set forth by HHDS where applicable, and in this case, an agreement is formed between you as a customer, and us, HHDS as the provider of this Website for access to and / or use of this Website.


2. Definitions

"HHDS" - abbreviation of Halal Hub Development Services (a legal business entity registered with SSM); as the owner and operator of the Makan2U website / service.

"Makan2U" - a website / service owned and operated by HHDS; can be reached via our official URL address https://www. Makan2U.com.my. Makan2U can also be reached via the URL address https://www.Makan2U.my as well as https://www.Makan2U.com.

"Admin" - the individual or group of individuals authorized to administer the Makan2U system; including databases, network systems, servers and anything related to it that forms a complete system.

"Web Hosting Provider" - the third party that provides the site's system services, databases, emails and etc.; which allows users to access and use the site through the internet.

"User" - any person who accesses or uses the Makan2U website / service without having to register and open a membership account at Makan2U.

"Member" - any Makan2U User who has registered and opened a membership account at Makan2U.

"Dashboard" - The main interface used by Makan2U Members for the purpose of control / management of important information and transactions in Makan2U.

"Seller" - The Makan2U Member who sells products (food, beverages and the like) to other Makan2U Members via this Website / Service.

"Buyer" - The Makan2U Member who makes purchases from Seller through transactions on this Website / Service.

"Runner" - The Makan2U Member who offers to make delivery of sales items from Seller to Buyer when a sale / transaction take place on this Website / Service. In most transactions on this Website / Service, Seller will also serve as the Runner for its own sales items.

"Oncall Runner" - The Makan2U Member who provides delivery services to Seller operating in the same postcode area. This Oncall Runner is a freelancepreneur (self-employed and not employed by HHDS) and determines the delivery charge on his own for each task it performs.

"Affiliate" - The Makan2U Member who does freelancepreneur promotion work and receives commission payment from HHDS for each successful transaction.

"PPC" - abbreviation of Pre-Paid Credit; credit value in lieu of cash, used by Makan2U Members especially Seller, to pay HHDS any service charges incurred by HHDS.
The concept is the same as using a prepaid phone; you need to top-up the value before you can use it.

"Sponsored List Ads" - an advertising method by positioning sales items that are ranked in the top 3 in the list items on the first 3 pages of search and the most engaged by users when searching.

"Featured Ads" - an advertising method by displaying sales items that are engaged in a specific space on the right / bottom side of the main content.


3. General

These terms and conditions should be read in conjunction with the Privacy Policy, Disclaimer, Declaration of Commitment On 13 Halalan Toyyiban Matters and other terms whether specific or standard. In the event of a Privacy Policy, Disclaimer, and other terms that are either specific or standard that are inconsistent or are in conflict with these terms and conditions, you agree that HHDS has the right to enforce these terms and conditions that are either specific or standard according to HHDS requirements.

If any provision of these terms or conditions is unlawful or invalid in current or future law or regulations, such provision shall be set aside and these terms shall be construed as if they were provided the invalid does not exist and these terms along with the other provisions will be in full force without the effect of unlawful or invalid provisions.

Notwithstanding the foregoing and notwithstanding the general meaning of the clauses in these Terms and Conditions, you hereby agree that the access and use of this Website / Service is at your own risk and you, unconditionally, fully agree to assume all risks, incidental to, or arising out of the use of this Website / Service. If at any time you do not agree to any or all of these Terms and Conditions, please terminate all access to this Website.

In the event of a conflict between the English and Bahasa Malaysia versions of these Terms and Conditions, the English version shall prevail against the Bahasa Malaysia version.


4. Limit of Responsibility

You expressly understand and agree that HHDS shall not be liable for any loss, direct or indirect, related or specific, consequential or "exemplary", including but not limited to losses in the form of loss, trust or other material loss as a result of:

  • Use or inability to use this service;
  • Cost of procurement of replacement goods and services following the purchase of any goods, data, information or services received or messages received or transactions made through or from this website;
  • Unauthorized access or alteration in your transmission or data;
  • Third party statements or actions on this Website / Service; or
  • Other matters relating to this Website / Service.


5. Rules of Use

By using the Website / Services, you agree not to upload, post or otherwise transmit or otherwise display any content (including text links, communications, software, images, sounds, data or other information) that is not in accordance with your use allowed, including but not limited to the following:

  • False, inaccurate, misleading, illegal, dangerous, threatening, contemptible, contemptible, harassing, defamatory, libelous, invasive of one's personality, gross, carnal, sexually oriented / indecent / obscene, pornographic , racist or otherwise obnoxious;
  • Recommend or encourage illegal activities;
  • violate any law, third party rights, or otherwise violate any patent, trademark, trade secret, copyright or other proprietary rights of any party;
  • Unauthorized access or use of data, systems or network systems including any attempt to prove, scan or test the integrity of systems or network systems;
  • Monitoring the data or traffic of any system or network system without proper authorization;
  • Resell or provide this Website / Service or any portion thereof to another person or entity for profit or otherwise;
  • Form advertising or promotion, "junk mail", "spamming", linked mail or any other unauthorized request. Links to commercial web sites will not be considered as unauthorized requests unless links or web content appear to be intended as a means of request as determined by HHDS in its sole discretion;
  • Use or include any "virus", "Trojan horses", "time bombs", "worms", "cancelbots" or any other means which may damage, disrupt, interrupt or otherwise hijack any system; or interfere with the Services of any user, host or network system including and not limited to "mailbombing", "flooding", "broadcast attacks database" or placing any additional or unnecessary burden on the system of this Website;
  • Provide any confidential information about HHDS or any other company or individual without authorization to do so. This includes providing the name, address and connection number of HHDS staff and any other users; or
  • Impersonating an individual or entity including and not limited to, HHDS employees or hosts or giving a false impression of your relationship with an individual or entity;

HHDS has the sole discretion to delete or amend this Website / Service, remove or reject any material that violates the Terms of Use. HHDS reserves the right to investigate any possibility of abuse of the Terms of Use.


6. Proprietary Rights

This Website / Service is the property of HHDS. This Website / Service is protected by copyright, trademark and other proprietary rights.

No license or right is granted to you, and your access to the Website / Service shall not be construed as granting, by implication, estoppel or otherwise, any license or right to use any content without the prior written permission of HHDS or the owner third party proprietary rights.


7. Trademark

All trademarks, service marks, and logos displayed on this Website / Services are the property of HHDS and / or the third party owners as described in this Website / Service.

Unless the prior written consent of HHDS or the third party owner of any trademark, service mark or logo displayed on this Website / Service has been obtained, no license or right shall be granted to any party accessing the Website / Service to use, download, reproduce or modify any trademark, service mark or logo.

Similarly, unless prior written permission has been obtained from HHDS or its respective owners, no such trademark, service mark or logo may be used as a link or to mark any link to this Website / Service or any other site.


8. Amendment

HHDS reserves the right to update, amend and / or modify any part or all of these Terms and Conditions from time to time in its sole discretion. All updates, amendments and / or changes will be posted on this Website / Service and your continued use of the Website / Service after such updates, amendments and / or changes have been made will be deemed to be your compliance, acceptance and acceptance of these Terms and Updated terms.


9. Links

Links to or from any website outside of the Website / Service are for convenience only. The links are owned and operated by third parties who are outside the control of HHDS. HHDS shall not be responsible or liable for the content of such websites, third parties named therein or their products and services.

The links provided on this Website / Service shall not be construed as endorsement or verification or approval of such websites or their content by HHDS. Links to other sites are at your own risk and HHDS will not be liable for any damages related to links.


10. Website Delivery And / Or Mobile Device

For the purpose of security of the transmission of information through this Website / Service, "Secure Sockets Layer (SSL)" is used for encryption of such information. Although HHDS will endeavor to ensure the security of the information, HHDS does not guarantee the strength or effectiveness of the encryption of such information and HHDS shall not be liable or responsible for any incident arising out of the unauthorized access to such information. This is because of the natural state of the Internet, the transmission may be subject to interruption, power outages, transmission delays and data transmission errors.

HHDS will also not be responsible or liable for any communications facility failures that may affect transaction timeliness.


11. Computer System Disruption

HHDS shall not be liable for any interruption, delay, failure, error or omission or loss of information, viruses or property being transmitted or damaged or transmitted or damage to your computer system.

You will be responsible for providing adequate protection and data and / or support equipment and taking reasonable and proper precautions to scan for computer viruses or anything of the kind that may cause damage to you.

HHDS shall not be liable or responsible for the accuracy, use or performance of any third party software that may be used in connection with this Website / Service.


12. Confidentiality of Information

As outlined in this Privacy Policy, by using this Website / Services, you agree to us to collect, use, disclose and / or process your personal data as described in this Privacy Policy.

You agree to accept all risks associated with your use of this Website / Service, in which information is accessible to unauthorized third parties and you agree not to hold HHDS liable for any unauthorized access or any loss or damage borne as a result.

You must be responsible for the confidentiality and use of your Password and do not disclose your Password at any time and under any circumstances, either intentionally or unintentionally.

You agree to comply with all security measures in connection with Password protection or generally with respect to the use of this Website / Service.

You accept that under any circumstances in which your Password is disclosed to any other person, whether intentionally or unintentionally, you must take precautionary measures with respect to disclosure, discovery or you must notify HHDS immediately.


13. Charges / Fees

You agree and acknowledge that HHDS reserves the right at its sole discretion to charge for the use of any of the services offered through this Website / Service upon prior written notice.


14. Ignorance

Should HHDS fail or neglect to enforce any provision or remedy under these Terms and Conditions for any reason, HHDS shall not be construed as waiving HHDS's right to enforce or waive our right to any continuing, successful or subsequent infringement or any other provision of these Terms and Conditions.

If any part of these Terms and Conditions is set out to be invalid or unenforceable by applicable law, such invalid and unenforceable provision shall be deemed to be replaced by a valid provision and enforceable with the purpose closest to the original provisions and the remaining provisions of these Terms and Conditions will continue in full force and effect.

Any rights not expressly granted herein are reserved.


15. Liability Exemption

HHDS and / or its agents in any case is not liable for any loss or damage arising from any contract, tort, negligence, liability or any other basis, including without limitation, direct, indirect or consequential damages, or any loss or profit or loss arising in connection with your access or use or inability to access or use this Website / Service (or any third party link to or from this Website), reliance on any information contained on this Website / Service, any technical failure, hardware or any other type of software, interruption, error, omission, delay in operation, computer virus, or otherwise.

This exclusion clause shall have full effect to the fullest extent permitted by law.


16. Indemnity

You hereby agree to indemnify and indemnify HHDS, for any loss or damage, costs, claims, fees (including attorneys' fees on a solicitor and client basis) and for any expenses arising from any breach of any of these Terms and Conditions This Website / Service is a result of your non-compliance, your disobedience, refusal to exclude from the procedures and procedures of this Website / Service, negligence in discharging your obligations and infringement of any intellectual property rights in any part of this Website / Service, and any liability arising out of your negligence or willful misconduct or non-compliance, non-compliance, refusal and exclusion from the steps and procedures of this Website / Service, bodily injury, death of any individual or damage to any personal property.


17. Termination

HHDS reserves the right to terminate / terminate your access to this Website / Service at any time, in whole or in part without prior notice to you in breach of any of these Terms of Use and / or in violation of any of these Terms and Conditions or otherwise the rights of HHDS / other users or any third party or you have committed an unlawful act.


18. Law and Jurisdiction

These Terms and Conditions shall be for all purposes and purposes subject to and construed in accordance with the laws of Malaysia. By accessing this Website / Service, you hereby consent to the exclusive jurisdiction of the courts of Malaysia.


19. Payment

Specifically to "Seller" and "Advertiser" on this Website / Service, you must ensure that there is sufficient Prepaid Credit (PPC) unit balance at all times to enable any transaction using this PPC as a method of payment of service charges on the Site This Web / Service is not affected by the lack of PPC unit balance in your account.

You are solely responsible for any disruption of your business transactions on this Website / Service due to a lack of PPC unit balance in your account.


20. Disclaimer

Content and Information provided by HHDS is "as is" and "as available". References to the Content and Information contained in this Website / Service include material and information provided by third parties. HHDS does not warrant that services through the Website / Services will be provided at all times.

HHDS does not make any express or implied warranties, representations, or endorsements including, but not limited to, any warranty in relation to the title, infringement, trademarks, uses, operations, completeness, accuracy, accuracy, quality, reliability and suitability of a particular purpose in relation to with this Website / Content, the Content, Information and / or functionality therein expressly disclaims any liability for error and omission in the Content and / or Information. Notwithstanding the foregoing provisions and / or terms and conditions of the agreement regarding HHDS products and services, appropriate steps will be taken by HHDS to ensure the accuracy and validity of all information regarding transactions and products from HHDS.

You, shall be fully responsible for any Content and / or Information used / obtained from this Website / Service and / or any Content and / or Information submitted / transmitted to this Website / Service. You must agree that any information used / obtained from this Website / Service and / or any information submitted / transmitted to the Website / Service for the purpose of the service is complete, accurate, reliable, up-to-date and independent of a mistake. Under no circumstances will HHDS be liable for any loss or damage including for any loss, direct, indirect, punitive, exemplary or special loss arising out of any information used / obtained from this Website / Service and / or any information submitted / transmitted to this Website / Service.

By accessing a member's account on this Website / Service and by using it, you hereby comply with the procedures set forth therein. If you choose not to use any measures / procedures for the purpose of such services, you shall be solely responsible for the choices made and shall not be liable to HHDS for any loss or damage including for any loss of profits, directly or indirectly, direct, punitive, exemplary or special damages arising out of any information used / obtained from this Website / Service and / or any information submitted / transmitted to this Website / Service.


21. Mobile Device Applications

You acknowledge that the download and / or use of the Mobile Application is at your own risk and that the download and / or use of the Device Application is subject to the following additional terms:

  • You may not use the Mobile Device for any purpose other than for the purposes of the Service and / or for such purposes as may be determined by HHDS from time to time;
  • You must be responsible for using the Mobile Device Application in your Mobile Device;
  • You may not allow or allow any person to access the Mobile Device Application or leave the Mobile Device unattended that may result in the individual accessing the Mobile Device Application;
  • You may not reproduce, restructure, reverse engineer and attempt to obtain source code, modification, reproduction of Mobile Device Application issues, software updates or any portion of the applicable Mobile Device Application;
  • You may not use the Mobile Device Application for any purpose that is contrary to any law, act, regulation or rule of law for any such jurisdiction;
  • You must download the Mobile Device Application from the Apple App Store, Google Play or any application authorized by HHDS;
  • You may not install or use the Mobile Device Application on a "jail-broken" or "rooted device" that may affect the security features of the Mobile Device; and
  • You agree that HHDS reserves the right to update, amend and / or modify any part of the Mobile Application at any time and for any reason without notice to you.

You agree that HHDS shall not be liable for any losses or damage including for any loss, direct, indirect, punitive, exemplary or special loss arising from the damage or defect or failure of the Mobile Device Application, hardware or software used in connection with the Mobile Device Application.


Dated: 1st November, 2019 (MAKAN2U/TERM/1911/00/00)

PENGUMUMAN PENTING!

Makan2U KINI Telah Mula BEROPERASI!

PENDAFTARAN Sebagai Seller & Oncall Runner di Makan2U SEDANG DIBUKA!!

PERCUMA Yuran Pemprosesan dan 1,000 unit PPC kepada 1,000 Seller Makan2U TERAWAL!!!

Pemandangan