Makan2U

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan 1: Adakah Makan2U ini ada kaitan dengan perkhidmatan dengan nama yang seakan sama sebelum ini?

Jawapan: TIDAK! Laman Web / Perkhidmatan ini TIDAK ADA KAITAN SAMA SEKALI dengan apa-apa perkhidmatan yang mungkin SECARA KEBETULAN MEMPUNYAI NAMA YANG SEAKAN SAMA yang pernah wujud sebelum ini.


Soalan 2: Siapakah tenaga penggerak perkhidmatan Makan2U ini?

Jawapan: Perkhidmatan Makan2U ini dimiliki dan dioperasikan oleh Halal Hub Development Services (001698622-D); suatu entiti perniagaan yang SAH menurut perundangan Malaysia; digerakkan oleh sekumpulan anak-anak muda Islam yang berwawasan tinggi; selari dengan perkembangan (IOT / IR 4.0).


Soalan 3: Apakah matlamat utama mewujudkan perkhidmatan Makan2U ini?

Jawapan: Di antara matlamat utama mewujudkan perkhidmatan Makan2U ini adalah untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Muslim khususnya di Malaysia melalui perniagaan penghantaran makanan dan dalam masa yang sama memberi pilihan kepada pengguna / pembeli Muslim memperolehi penghantaran makanan yang InsyaAllah boleh diyakini Halalan Toyyiban.


Soalan 4: Kenapa PILIH Makan2U berbanding Food-Delivery yang lain?

Jawapan: Ini adalah kerana HARGA di Makan2U adalah jauh LEBIH MURAH berbanding Food-Delivery yang lain. LEBIH PENTING lagi, HALALAN TOYYIBAN menjadi KRITERIA UTAMA kepada Seller yang menawarkan makanan / minuman di Makan2U.


Soalan 5: Kenapa pula Makan2U LEBIH MURAH berbanding Food-Delivery lain?

Jawapan: Ini adalah kerana TIADA CAJ TAMBAHAN dikenakan ke atas harga / transaksi jualan Seller oleh Makan2U seperti yang dikenakan oleh sesetengah Food-Delivery lain. Oleh itu, Seller di Makan2U dapat menawarkan harga yang lebih kompetitif kepada semua pelanggan.


Soalan 6: Siapa Seller di Makan2U?

Jawapan: Seller di Makan2U merangkumi usahawan-usahawan kecil daripada rumah sehinggalah kepada restoran-restoran berskala besar di seluruh negara. Semua Seller di Makan2U disyaratkan berdaftar dengan SSM dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009; perlu mendapatkan suntikan imunisasi typhoid sebagai pengendali makanan.


Soalan 7: Siapa Runner di Makan2U?

Jawapan: Runner di Makan2U boleh terdiri daripada Seller (usahawan-usahawan kecil itu sendiri) ataupun mereka yang berdaftar dengan Makan2U sebagai "Freelancepreneur". Semua Runner di Makan2U juga disyaratkan mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009; perlu mendapatkan suntikan imunisasi typhoid sebagai pengendali makanan.


Soalan 8: Adakah operasi Makan2U meliputi seluruh Malaysia?

Jawapan: YA! Dan ia bergantung kepada samada terdapat jaringan Seller yang mengambil bahagian di lokasi masing-masing. Semakan liputan operasi penghantaran Makan2U boleh dibuat berdasarkan poskod menggunakan kemudahan carian di atas.


Soalan 9: Adakah sistem pesanan Makan2U beroperasi secara 24Jam?

Jawapan: YA! Dan ia bergantung kepada jaringan Seller yang beroperasi di lokasi masing-masing. Semakan tempoh operasi penghantaran Makan2U boleh dibuat berdasarkan poskod menggunakan kemudahan carian di atas.


Soalan 10: Adakah transaksi dengan Seller di Makan2U boleh dipercayai?

Jawapan: YA! Ini adalah kerana semua Seller di Makan2U merupakan entiti perniagaan yang SAH dan segala transaksi direkodkan dan diemailkan kepada kedua-dua pihak; Seller dan ANDA. Rekod-rekod transaksi tersebut boleh dijadikan bukti bagi membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan (POLIS/TTPM) jika berlaku sebarang penipuan oleh mana-mana pihak.


Soalan 11: Adakah sebarang latihan khusus perlu dihadiri oleh Seller & Runner untuk beroperasi di Makan2U?

Jawapan: Buat sementara waktu ini, Seller dan Runner Makan2U TIDAK PERLU menghadiri apa-apa latihan khusus untuk mereka beroperasi di Makan2U.
Walaubagaimanapun, pihak Makan2U sedang dalam proses membangunkan modul latihan secara ONLINE bagi tujuan ini dan akan dimaklumkan kelak apabila ianya telah sedia untuk digunakan.


Soalan 1: Adakah saya perlu mendaftar keahlian Makan2U untuk membuat pembelian di Makan2U?

Jawapan: YA! Anda perlu mendaftar keahlian Makan2U terlebih dahulu sebelum boleh membuat pembelian item di Makan2U. Anda akan secara automatik menjadi Buyer Makan2U apabila keahlian anda di Makan2U berjaya didaftarkan.
Keahlian Makan2U adalah PERCUMA!


Soalan 2: Kenapa perlu mendaftar keahlian Makan2U untuk membuat pembelian di Makan2U?

Jawapan: Ini bagi mengurangkan kemungkinan transaksi palsu di Makan2U oleh mana-mana individu yang mempunyai niat tidak baik. Jika ini terjadi, sudah tentulah ia akan menyebabkan kerugian kepada pihak berkaitan terutamanya Seller Makan2U.


Soalan 3: Adakah pesanan belian boleh dibuat di Makan2U secara 24Jam sehari?

Jawapan: YA! Perkhidmatan Makan2U beroperasi secara 24Jam sehari.
Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada masa operasi Seller Makan2U masing-masing di sesuatu lokasi itu. Dalam keadaan tertentu, gabungan masa operasi di antara rangkaian Seller Makan2U di sesuatu lokasi itu membolehkan anda membuat pesanan belian secara 24Jam.
Contohnya, ada Seller Makan2U yang beroperasi untuk sarapan awal pagi, ada yang beroperasi untuk minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan ada untuk makan lewat malam hingga ke awal pagi. Maka secara kombinasinya, jika ini terdapat di lokasi anda, sudah tentulah anda boleh membuat pesanan belian melalui Makan2U secara 24Jam.


Soalan 4: Bagaimana caranya membuat pesanan belian melalui Makan2U?

Jawapan: Bagi membuat pesanan belian melalui Makan2U, anda hanya perlu lakukan carian berdasarkan POSKOD lokasi penghantaran. Selebihnya, ikut sahaja arahan yang diberikan.
Contohnya, anda mungkin berada di Kuala Lumpur dengan POSKOD: 57000. Untuk membuat belian sendiri, anda hanya perlu membuat carian Seller Makan2U yang membuat penghantaran dalam lokasi POSKOD: 57000. Lengkapkan proses pesanan belian anda serta pastikan alamat anda tepat untuk Seller Makan2U berkaitan menguruskan serahan pesanan belian anda tanpa sebarang masalah. MUDAH SANGAT!!!


Soalan 5: Bolehkah saya membuat pesanan belian daripada Seller Makan2U yang berada di luar daripada POSKOD lokasi penghantaran saya berada?

Jawapan: BOLEH! Anda boleh mengirim item pesanan belian kepada individu lain yang berada dalam POSKOD lokasi penghantaran Seller Makan2U berkaitan.
Contohnya, anda (seorang bapa) berada di Seremban dengan POSKOD: 70400, manakala anak anda pula pada masa ini berada di Shah Alam dengan POSKOD: 40000. Anda boleh membuat pesanan belian untuk dihantar kepada anak anda.
Caranya ialah dengan membuat carian Seller Makan2U yang membuat penghantaran dalam lokasi POSKOD: 40000. Anda perlu masukkan maklumat anak anda serta alamat lengkapnya di Shah Alam untuk Seller Makan2U berkaitan menguruskan serahan pesanan belian anda kepada anak anda. MUDAH SANGAT!!!


Soalan 6: Adakah saya perlu membayar terlebih dahulu untuk membuat pesanan belian?

Jawapan: Bergantung kepada mod bayaran yang ditawarkan oleh Seller Makan2U masing-masing. Jika Seller Makan2U berkaitan menawarkan mod bayaran "Bayar-Waktu-Terima (COD)", anda hanya perlu membuat bayaran apabila item pesanan belian diserahkan kepada anda.
Sebaliknya, jika Seller Makan2U menetapkan mod bayaran "Bayar-Waktu-Pesan (PAYFIRST)", anda perlu membuat bayaran terlebih dahulu bagi mengesahkan pesanan belian anda.


Soalan 7: Adakah saya perlu membuat bayaran melalui akaun bank Makan2U bagi membuat pesanan belian saya daripada Seller Makan2U?

Jawapan: TIDAK! Sila buat bayaran secara terus kepada Seller Makan2U yang berkaitan.


Soalan 8: Bolehkah saya membatalkan pesanan belian jika Seller Makan2U berkaitan didapati lambat respons atau membuat serahan item pesanan belian saya?

Jawapan: BOLEH! Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Jika lebih daripada 10 minit setelah anda membuat pengesahan pesanan belian, dan Seller Makan2U masih belum mengesahkan penerimaan pesanan belian anda, anda boleh mengklik butang "GEGAR Seller" dan anda boleh membuat panggilan secara terus kepada Seller Makan2U berkaitan melalui nombor telefon yang dipaparkan.
  2. Jika 10 minit selepas daripada itu pun, Seller Makan2U berkaitan masih tidak memproses pesanan belian anda, anda boleh mengklik butang Batal bagi membatalkan pesanan anda.
Anda juga boleh melakukan langkah yang sama jika pihak Seller Makan2U lambat membuat serahan item pesanan melebihi daripada tempoh penghantaran seperti yang dijanjikan.


Soalan 9: Jika saya membatalkan pesanan belian sedangkan saya telahpun membuat bayaran (pembelian secara PAYFIRST) kepada Seller Makan2U berkaitan, bagaimana pula keadaannya?

Jawapan: Anda boleh menuntut pengembalian wang sepenuhnya daripada Seller Makan2U berkaitan dengan membuat panggilan terus kepada Seller Makan2U tersebut. Sila laporkan kepada pihak Makan2U jika pihak Seller Makan2U tersebut culas untuk mengembalikan sepenuhnya wang anda untuk tindakan seterusnya ke atas Seller Makan2U tersebut.


Soalan 10: Apa yang berlaku apabila saya mengklik butang "GEGAR Seller"?

Jawapan: Mengklik butang tersebut pada kali pertama akan memaparkan nombor telefon Seller Makan2U supaya anda boleh menghubunginya secara terus bagi menyemak status pesanan belian anda. Dalam masa yang sama, sistem akan secara automatik membuat penarafan (rating) 2/5 ke atas Seller Makan2U berkaitan.
Mengkliknya pada kali kedua akan menyebabkan penarafan ke atas Seller Makan2U berkenaan akan diset secara automatik kepada 1/5.


Soalan 11: Apa kesannya ke atas Seller Makan2U berkenaan apabila mendapat penarafan 1/5 daripada pihak Buyer Makan2U?

Jawapan: Mana-mana Seller Makan2U yang memperolehi penarafan 1/5 sebanyak 5 kali atau lebih akan dikenakan tindakan penggantungan urusniaga serta merta oleh pihak Makan2U.


Soalan 12: Apa yang perlu saya buat sebaik menerima penghantaran item pesanan daripada Seller Makan2U?

Jawapan: Amatlah dihargai jika anda dapat membuat pengesahan penerimaan item serta membuat "Review & Rating" untuk item yang dibeli, Seller serta Runner Makan2U yang berkaitan.


Soalan 13: Apakah sumbangan yang boleh saya lakukan demi kebaikan ramai di Makan2U?

Jawapan: Tindakan yang mudah tapi sumbangan yang besar daripada anda ialah dengan cara membuat "Review & Rating" untuk semua item belian, Seller dan Runner Makan2U setiap kali anda membuat pembelian di Makan2U. Dengan cara ini, Seller dan Runner Makan2U yang berkaitan boleh menggunakannya ke arah penambahbaikan yang berterusan dalam memberikan produk dan perkhidmatan yang lebih baik pada masa hadapan.
Manakala, pihak Buyer Makan2U yang lain pula boleh menggunakannya bagi memperolehi produk yang terbaik di Makan2U dan pihak Seller Makan2U boleh mendapatkan perkhidmatan Oncall Runner yang terbaik di Makan2U.


Soalan 1: Apakah syarat pendaftaran sebagai peniaga (Seller) di Makan2U?

Jawapan: Mana-mana entiti perniagaan yang sah di bawah undang-undang Malaysia; samada melalui Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (bagi Perniagaan Tunggal / Perkongsian) ataupun Akta Syarikat 2016 (bagi Syarikat) boleh mendaftar sebagai Seller Makan2U. Oleh itu, keabsahan maklumat perniagaan Seller adalah sangat penting kepada pihak Makan2U bagi tujuan kelulusan oleh pihak Makan2U.


Soalan 2: Apakah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan pendaftaran sebagai Seller Makan2U?

Jawapan: Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:

A) Bagi entiti perniagaan yang tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
  1. Salinan Borang D (Kaedah 13) (SSM)
  2. Maklumat Perniagaan (SSM)
  3. Jenis Perniagaan (SSM)
  4. Kad Suntikan Typhoid (semua individu berkaitan)
  5. Salinan Sijil Perakuan Halal (JAKIM) (jika berkaitan)
  6. Salinan Sijil Perakuan Memungut Cukai SST (KDRM) (jika berkaitan)

B) Bagi entiti perniagan yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016
  1. Salinan Notis Pendaftaran (SSM)
  2. Maklumat Syarikat (SSM)
  3. Maklumat Pengarah & Pegawai (SSM)
  4. Maklumat Pemegang Syer (SSM)
  5. Kad Suntikan Typhoid (semua individu berkaitan)
  6. Salinan Sijil Perakuan Halal (JAKIM) (jika berkaitan)
  7. Salinan Sijil Perakuan Memungut Cukai SST (KDRM) (jika berkaitan)

Soalan 3: Ada apa-apa lagi Terma & Syarat tambahan untuk menjadi Seller Makan2U?

Jawapan: YA. Untuk pertimbangan kelulusan sebagai Seller Makan2U, anda perlu memperakukan untuk mematuhi Deklarasi Komitmen 13 Perkara Halalan Toyyiban melalui e-form yang disediakan.


Soalan 4: Adakah saya perlu mengemukakan salinan Sijil Perakuan Halal JAKIM untuk mendaftar sebagai Seller Makan2U?

Jawapan: Adalah menjadi KEPERLUAN mengemukakan salinan Sijil Perakuan Halal JAKIM bagi tujuan pengesahan jika permohonan datangnya daripada pengusahaan non-Muslim. Manakala, bagi entiti pengusahaan Muslim pula, secara asasnya anda TIDAK PERLU mengemukakan salinan Sijil Perakuan Halal JAKIM bagi tujuan pengesahan. Walaubagaimanapun, pihak Makan2U BERHAK meminta anda mengemukakan salinan Sijil Perakuan Halal JAKIM jika keadaan memerlukan; walaupun permohonan daripada Muslim sekalipun.


Soalan 5: Adakah sebagai pemilik perniagaan, saya juga perlu mengemukakan salinan Kad Suntikan Typhoid untuk mendaftar sebagai Seller Makan2U?

Jawapan: YA! Jika anda sendiri terlibat secara langsung dalam penyediaan dan pengendalian makanan & minuman yang ditawarkan dalam Makan2U.


Soalan 6: Kenapa pihak Makan2U agak terlalu tegas dalam soal pengemukaan dokumen-dokumen di atas?

Jawapan: Ini bagi memastikan hanya entiti perniagaan yang tulen dan serius sahaja menawarkan perkhidmatan mereka di Makan2U. Ini bertujuan mengurangkan risiko pihak-pihak yang mempunyai hasrat yang tidak baik untuk turut beroperasi di Makan2U.


Soalan 7: Adakah apa-apa bayaran dikenakan untuk menjadi Seller Makan2U?

Jawapan: Bayaran yuran pemprosesan yang SANGAT MINIMA; RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) dikenakan SEKALI-SAHAJA bagi setiap pendaftaran sebagai Seller Makan2U.
Walaubagaimanapun, BERITA BAIKNYA ialah, DISKAUN akan diberikan ke atas yuran pemprosesan ini pada musim-musim PROMOSI tertentu.


Soalan 8: Adakah apa-apa caj yang dikenakan oleh Makan2U ke atas transaksi jualan saya?

Jawapan: TIADA APA-APA CAJ DIKENAKAN ke atas transaksi jualan anda di Makan2U. Anda BERHAK memperolehi 100% daripada hasil transaksi jualan anda di Makan2U.


Soalan 9: Adakah saya dikenakan apa-apa caj untuk menyenaraikan item-item jualan saya di Makan2U?

Jawapan: Penyenaraian asas item jualan di Makan2U adalah PERCUMA!
Sebaliknya, HANYA item jualan anda yang DIKLIK SAHAJA oleh pengguna Makan2U (bagi tujuan perincian / pembelian sesuatu item tersebut) akan dicaj ke atas anda.
Untuk ini, 10 unit PPC akan ditolak daripada akaun PPC Makan2U anda.


Soalan 10: Bagaimana caranya Prepaid-Credit (PPC) ini berfungsi?

Jawapan: Setiap Seller Makan2u perlu membeli kredit PPC terlebih dahulu daripada Makan2U sebelum dapat menyenarai-iklankan mana-mana item jualan mereka di Makan2U.
HANYA item jualan daripada Seller yang mempunyai baki unit kredit PPC mencukupi sahaja boleh diklik bagi tujuan perincian atau pembelian oleh Buyer Makan2U.


Soalan 11: Saya perlukan maklumat lanjut tentang Prepaid-Credit (PPC). Bagaimana?

Jawapan: Sila rujuk FAQ berkaitan PPC untuk maklumat lanjut.


Soalan 12: Adakah SAYA perlu mempunyai premis perniagaan khusus untuk melayakkan diri sebagai Seller Makan2U?

Jawapan: TIDAK! Anda boleh beroperasi daripada mana-mana sahaja walau daripada RUMAH sendiri asalkan anda mematuhi segala Terma dan Syarat terutamanya dalam mematuhi Deklarasi Komitmen 13 Perkara Halalan Toyyiban Makan2U.


Soalan 13: Adakah liputan kawasan perniagaan saya terbatas untuk kawasan tertentu sahaja?

Jawapan: YA! Keupayaan membuat penghantaran item pesanan kepada Buyer Makan2U dalam TEMPOH PENGHANTARAN yang anda janjikan merupakan BATASAN UTAMA yang perlu anda pertimbangkan dalam menentukan liputan kawasan perniagaan anda.


Soalan 14: Bagaimana caranya saya tentukan liputan kawasan perniagaan saya?

Jawapan: Tentukan liputan kawasan perniagaan anda berdasarkan keupayaan penghantaran anda bagi sesuatu POSKOD. Pertimbangkan untuk menepati tempoh penghantaran item pesanan yang telah anda janjikan kepada setiap pelanggan anda.


Soalan 15: Apakah caranya lagi untuk saya meluaskan liputan kawasan perniagaan saya?

Jawapan: Anda boleh mempertimbangkan membuka lebih banyak cawangan perniagaan di kawasan yang anda kehendaki.


Soalan 16: Bagaimana dengan soal penghantaran item pesanan saya kepada Buyer Makan2U?

Jawapan: Anda boleh SAMADA membuat penghantaran SENDIRI item jualan anda ATAUPUN menggunakan khidmat Oncall Runner di Makan2U yang memberikan perkhidmatan dalam kawasan liputan perniagaan anda.


Soalan 17: Adakah saya perlu membayar perkhidmatan Oncall Runner tersebut?

Jawapan: YA! Kadar caj penghantaran adalah ditentukan sendiri oleh Oncall Runner yang menawarkan perkhidmatan mereka di Makan2U. Anda berhak memilih perkhidmatan penghantaran daripada mana-mana Oncall Runner yang tersenarai berdasarkan kadar caj penghantaran serta "Review & Rating" masing-masing.


Soalan 18: Adakah mereka yang memberi perkhidmatan sebagai Oncall Runner di Makan2U ini digajikan oleh Makan2U?

Jawapan: TIDAK! Individu yang menawarkan perkhidmatan sebagai Oncall Runner di Makan2U dikategorikan sebagai "bekerja sendiri" (freelancepreneur). Makan2U hanyalah menyediakan platform kepada mereka bagi menghubungkan perkhidmatan penghantaran makanan / minuman daripada Seller Makan2U kepada Buyer Makan2U.


Soalan 19: Bagaimana caranya mengetahui dan memilih Oncall Runner yang terbaik dan boleh dipercayai?

Jawapan: Anda boleh merujuk "Review & Rating" yang dibuat oleh Seller Makan2U lain yang pernah menggunakan perkhidmatan Oncall Runner berkaitan. Kerjasama anda juga amat diperlukan untuk membuat "Review & Rating" ke atas setiap Oncall Runner yang telah anda gunakan khidmatnya.


Soalan 20: Bagaimana pula jika saya yang akan membuat penghantaran sendiri kepada Buyer Makan2U saya, perlukah saya mendaftar sebagai Oncall Runner?

Jawapan: TIDAK! Sebaliknya anda hanya perlu mendaftar sebagai Runner untuk "Hantar Item-Jualan Sendiri Sahaja" semasa membuat pendaftaran Runner Penghantaran Makan2U.
TIADA SEBARANG YURAN dikenakan untuk menjadi Runner bagi penghantaran item jualan SENDIRI!


Soalan 21: Saya perlukan maklumat lanjut tentang Runner Makan2U. Bagaimana?

Jawapan: Sila rujuk FAQ berkaitan "Runner Makan2U" untuk maklumat lanjut.


Soalan 22: Bagaimana caranya Buyer Makan2U membuat bayaran item pesanan kepada saya?

Jawapan: Cara menerima bayaran daripada Buyer Makan2U:

  • Anda sendiri yang tentukan caranya! Jika mod bayaran anda setkan kepada "PAYFIRST", Buyer Makan2U perlu bankin bayaran terlebih dahulu ke akaun bank anda bagi mengesahkan pesanan belian mereka.
  • Sebaliknya, jika mod bayaran anda setkan kepada "COD", Buyer Makan2U akan membuat bayaran sewaktu penghantaran item pesanan dibuat. Ini juga beerti, jika penghantaran item dibuat oleh Oncall Runner, bayaran mungkin terpaksa dibuat oleh Buyer Makan2U melalui Oncall Runner tersebut.
  • Oleh itu, jika anda perlu menggunakan perkhidmatan Oncall Runner, mod bayaran terbaik sebagai pilihan anda adalah "PAYFIRST".

Soalan 23: Bagaimana caranya saya boleh mengetahui ada pesanan masuk untuk item jualan saya?

Jawapan: Anda akan dimaklumkan melalui sistem notifikasi di Makan2U. Semua notifikasi berkaitan akan diberikan melalui sistem Makan2U samada Portal ataupun Apps. Di samping itu, sebagai langkah "fail-safe", notifikasi juga turut diemailkan oleh sistem kepada alamat email yang didaftarkan oleh anda.


Soalan 24: Bagaimana caranya untuk saya berkomunikasi dengan Buyer Makan2U jika terdapat keperluan di dalam proses transaksi?

Jawapan: Anda boleh menggunakan kemudahan "chatting" yang disediakan melalui sistem Makan2U.


Soalan 25: Apakah antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan jualan item anda?

Jawapan: Faktor-faktor asasnya tetap berteraskan kepada QCD; Quality (Kualiti), Cost (Kos) dan Delivery (Tempoh Penghantaran). Tidak dapat dinafikan, "first impression" melalui gambar item yang menarik dan berkualiti serta "copywriting" keterangan item anda yang baik merupakan daya tarikan utama yang akan menggerakkan pembelian daripada Buyer Makan2U. Walaubagaimanapun ultimatumnya, "Review & Rating" daripada Buyer Makan2U terdahulu melalui pengalaman masing-masing akan mempengaruhi pembelian baharu mahupun ulangan daripada Buyer Makan2U baharu dan lama. Layanan "pelanggan umpama permaisuri" (customer is queen) perlulah dipertimbangkan dan diamalkan bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan jualan anda dan berjaya dalam dunia perniagaan anda.


Soalan 26: Adakah Makan2U menyediakan kemudahan untuk Seller mempromosikan item jualan mereka?

Jawapan: YA! ADA! Setiap Seller boleh membuat promosi masing-masing dengan memberikan diskaun kepada Buyer Makan2U melalui "Setting Promosi Jualan". Melalui kemudahan ini, Seller boleh samada memberi diskaun secara "Slash Harga" ataupun "Diskaun Melalui PromoCode"; secara berterusan ataupun bertempoh.


Soalan 27: Adakah dengan memposisikan item jualan pada muka paling hadapan senarai-iklan turut mempengaruhi belian daripada Buyer Makan2U?

Jawapan: YA! Ini adalah kerana tingkahlaku kebanyakan pengguna yang lebih cenderung memberi perhatian kepada item yang tersenarai sehingga 3 muka pertama senarai-iklan sahaja.


Soalan 28: Bagaimana caranya untuk memposisikan item jualan saya pada muka paling hadapan?

Jawapan: Anda hanya perlu sentiasa mengemaskini maklumat item jualan anda supaya ia sentiasa berada pada muka paling hadapan dalam senarai-iklan item.


Soalan 29: Bagaimana caranya untuk memposisikan item jualan saya pada posisi paling atas dalam senarai-iklan item?

Jawapan: Anda boleh menggunakan perkhidmatan "Sponsored List Ads" yang disediakan oleh Makan2U bagi tujuan ini. Tiga (3) pembida tertinggi "Sponsored List Ads" akan tersenarai pada posisi 3 paling atas senarai-iklan kategori masing-masing.


Soalan 30: Apa lagi cara yang ada menjadikan item jualan saya lebih menonjol berbanding Seller Makan2U yang lain?

Jawapan: Anda juga boleh mempertimbangkan penggunaan "Featured Ads" bagi tujuan menjadikan item jualan anda lebih menonjol berbanding item-item daripada Seller Makan2U yang lain. Mekanisma bagi memposisikan item anda pada "Featured Ads" lebih kurang sama dengan "Sponsored List Ads"; melalui pembidaan yang tertinggi.
Melalui pengiklanan "Sponsored List Ads" dan "Featured Ads", CAJ akan dikenakan bagi SETIAP KALI item berkaitan DIPAPARKAN kepada pengguna Makan2U.
Cara caj oleh Makan2U ialah melalui penolakan unit PPC daripada akaun PPC Makan2U anda mengikut JUMLAH BIDAAN yang berjaya anda tempati.


Soalan 31: Bagaimana caranya menggunakan kelebihan "Sponsored List Ads" dan "Featured Ads" di atas?

Jawapan: Anda boleh membuat bidaan bagi menempati item jualan anda melalui "Setting ADS Item-Jualan".


Soalan 32: Saya perlukan maklumat lanjut tentang "Sponsored List Ads" atau "Featured Ads". Bagaimana?

Jawapan: Sila rujuk FAQ berkaitan "Sponsored List Ads" atau "Featured Ads" untuk maklumat lanjut.


Soalan 33: Bolehkah saya menghebahkan bisnes saya di Makan2U melalui media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan seumpamanya? Bagaimana caranya?

Jawapan: BOLEH! Caranya ialah dengan berkongsi pautan bisnes anda di Makan2U ke media sosial berkaitan. Contoh pautan bisnes anda adalah seperti berikut:
https://www.Makan2u.com.my/?actid=itemsbyseller&bizid=BXXXXX
Gantikan bizid=BXXXXX dengan bizid anda sendiri.


Soalan 34: Bagaimana caranya saya boleh memperolehi pautan bisnes saya di Makan2U seperti di atas?

Jawapan: Caranya mudah sangat:

  1. Melalui "Dashboard" anda, klik pada "Urusan Jualan (SELLER)".
  2. Melalui submenu yang terbuka, klik "Senarai Link Promosi".
  3. Salin (copy) URL "Semua Item Jualan Anda".
  4. Tampal (paste) dan hebahkan pautan tersebut ke mana-mana media sosial yang berkaitan.

Soalan 35: Bolehkah saya menghebahkan item jualan saya secara spesifik? Bagaimana caranya?

Jawapan: BOLEH! Caranya ialah dengan memperolehi dan menghebahkan pautan item jualan tersebut secara spesifik juga:

  1. Melalui "Dashboard" anda, klik pada "Urusan Jualan (SELLER)".
  2. Melalui submenu yang terbuka, klik "Senarai Link Promosi".
  3. Salin (copy) URL "Item Jualan Spesifik" yang anda kehendaki.
  4. Tampal (paste) dan hebahkan pautan tersebut ke mana-mana media sosial yang berkaitan.

Soalan 36: Apakah maksud sebenar "Tempoh Penghantaran" seperti yang dijanjikan oleh Seller kepada Buyer Makan2U?

Jawapan: Ia bermaksud tempoh maksima penyerahan item pesanan; dikira bermula daripada pengesahan pesanan belian dibuat oleh Buyer.
Bagi pembelian secara "PAYFIRST", tempoh masa tersebut dikira bermula daripada PEMAKLUMAN BAYARAN yang dibuat oleh Buyer melalui e-form yang disediakan.
Bagi pembelian secara "COD" pula, tempoh masa tersebut dikira bermula daripada PENGESAHAN PESANAN BELIAN dibuat oleh Buyer.


Soalan 37: Apa yang terjadi jika saya terlewat menguruskan pesanan Buyer?

Jawapan: Dalam kes Seller terlewat mengesahkan penerimaan pesanan atau menghantar pesanan kepada Buyer:

  1. Seller diberikan masa 10 minit bagi memproses dan mengesahkan penerimaan pesanan daripada Buyer.
    Kelewatan pengesahan pesanan melebihi tempoh 10 minit pertama menyebabkan Buyer boleh mengklik butang "GEGAR Seller" yang pertama. Apabila Buyer mengklik butang ini, nombor telefon Seller akan dipaparkan kepada Buyer untuk tindakan lanjut daripada Buyer. Dalam masa yang sama, secara automatik, sistem akan membuat penarafan (rating) 2/5 kepada Seller berkaitan dengan ulasan (review) "Lambat LAYAN Pesanan!".
  2. Kelewatan 10 minit seterusnya untuk Seller mengesahkan penerimaan pesanan daripada Buyer, Buyer boleh mengklik butang "GEGAR Seller" bagi kali kedua, yang akan menyebabkan sistem akan menukar penarafan sebelumnya kepada 1/5 dengan ulasan "TERLALU Lambat LAYAN Pesanan!".
    Pada tahap ini, Buyer berhak membatalkan pesanan yang dibuat.
    Seller perlu menguruskan pemulangan bayaran sepenuhnya kepada Buyer bagi pesanan pembelian yang dibuat secara "PAYFIRST".
  3. Keadaan yang sama juga untuk penyerahan item pesanan kepada Buyer.
    Kelewatan 10 minit pertama dan diikuti 15 minit seterusnya daripada tempoh serahan item pesanan masing-masing akan memberikan peluang kepada Buyer mengklik butang "GEGAR Seller" pertama dan kedua.
    Implikasinya juga sama seperti yang berlaku untuk terlewat melayan pesanan.

Soalan 38: Apa akan terjadi seterusnya kepada mana-mana Seller Makan2U yang banyak memperolehi penarafan 1/5?

Jawapan: Mana-mana Seller Makan2U yang memperolehi penarafan 1/5 sebanyak 5 kali atau lebih akan dikenakan TINDAKAN PENGGANTUNGAN URUSNIAGA SERTA MERTA oleh pihak Makan2U.


Soalan 39: Bagaimana caranya untuk Seller Makan2U melepaskan daripada penggantungan urusniaga yang dikenakan terhadap perniagaannya?

Jawapan: Seller Makan2U berkaitan perlulah menghantar email kepada pihak Makan2U bagi memohon pelepasan penggantungan urusniaga perniagaannya.
Dalam pada itu, pihak Seller Makan2U berkaitan perlulah menyelesaikan terlebih dahulu sebarang isu urusniaga yang berbangkit sebelumnya (termasuklah pengembalian semula bayaran kepada Buyer Makan2U yang membatalkan pesanan belian) sebelum pihak Makan2U boleh mempertimbangkan pelepasan penggantungan ini.
Di samping itu, bayaran denda sebanyak RM50.00 dikenakan ke atas Seller Makan2U berkaitan.
Pelepasan penggantungan akan diuruskan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja selepas Seller Makan2U berkaitan membayar denda tersebut.


Soalan 40: Apa yang berlaku apabila pelepasan penggantungan diberikan kepada Seller Makan2U yang terlibat?

Jawapan: Seller Makan2U berkaitan akan menerima notifikasi pelepasan penggantungan daripada pihak Makan2U apabila pelepasan diberikan.
Urusniaga boleh dilakukan semula di Makan2U sebaik pelepasan penggantungan diberikan dengan keadaan semua "Review & Rating" sebelumnya akan dipadam sepenuhnya dan rekod penggantungan akan direkodkan bagi rujukan masa hadapan.


Soalan 1: Apakah yang dimaksudkan dengan Runner Makan2U?

Jawapan: Runner Makan2U bermaksud individu yang membuat penghantaran item pesanan daripada Seller Makan2U kepada Buyer Makan2U.


Soalan 2: Adakah penghantaran item pesanan perlu dibuat oleh Seller Makan2U sendiri?

Jawapan: TIDAK SEMESTINYA! Pada kebanyakan masa, Seller Makan2U boleh juga merangkap Runner penghantaran sendiri item pesanan mereka. Walaupun begitu, sebahagian besar Seller Makan2U mungkin memerlukan pihak ketiga bagi membuat tugasan penghantaran item pesanan kepada Buyer Makan2U mereka. Dalam situasi sebegini, perkhidmatan Oncall Runner Makan2U mungkin diperlukan.


Soalan 3: Siapa yang boleh menjadi Runner Makan2U?

Jawapan: SESIAPA SAHAJA boleh menjadi Runner Makan2U (samada bagi tujuan penghantaran sendiri oleh Seller Makan2U ataupun sebagai Oncall Runner) JIKA MEMENUHI SYARAT di bawah:

  1. Warganegara Malaysia ataupun Permaustatin Tetap
  2. Mempunyai lesen kompeten memandu (kereta/motorsikal) yang sah

Soalan 4: Adakah apa-apa dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan pendaftaran sebagai Runner Makan2U?

Jawapan: YA! Anda perlu emailkan kepada pihak kami salinan dokumen-dokumen seperti di bawah:

  1. Kad Pengenalan (MyKad/MyPR)
  2. Lesen kompeten memandu yang sah
  3. Kad Suntikan Typhoid

Soalan 5: Jika saya adalah Seller Makan2U yang membuat penghantaran sendiri, perlukah saya mendaftar sebagai Runner Makan2U juga?

Jawapan: YA! PERLU! Semua individu yang terlibat dalam membuat penghantaran pesanan item menerusi Makan2U perlu mendaftar sebagai Runner Makan2U bagi tujuan keselamatan.


Soalan 6: Adakah apa-apa bayaran dikenakan untuk menjadi Runner Makan2U?

Jawapan: Untuk sekadar menjadi Runner Penghantaran Sendiri (jika anda juga adalah Seller Makan2U), TIADA apa-apa bayaran dikenakan.
Sebaliknya, untuk mendaftar sebagai Oncall Runner di Makan2U pula, bayaran yuran pemprosesan sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) akan dikenakan SEKALI-SAHAJA bagi setiap pendaftaran.


Soalan 7: Bolehkah sebagai Runner Penghantaran Sendiri, saya menawarkan perkhidmatan sebagai Oncall Runner kepada Seller Makan2U yang lain dalam lingkungan kawasan operasi saya?

Jawapan: YA! BOLEH dengan SYARAT anda menaiktaraf status terlebih dahulu daripada Runner Penghantaran Sendiri kepada Oncall Runner Makan2U. Bagi tujuan ini, anda PERLU membayar yuran pemprosesan sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja).


Soalan 8: Adakah sebagai Oncall Runner Makan2U bermakna saya digajikan oleh pihak Makan2U?

Jawapan: TIDAK! Sebagai Oncall Runner di Makan2U, anda tidak digajikan oleh pihak Makan2U malah Makan2U tidak bertindak sebagai majikan anda. Oncall Runner di Makan2U dikira sebagai "bekerja sendiri" (freelancepreneur) yang mana anda sendiri adalah majikan kepada diri anda sendiri.


Soalan 9: Jadi, siapa yang akan membayar untuk tugasan penghantaran yang telah saya laksanakan?

Jawapan: Anda akan dibayar secara terus oleh Seller Makan2U yang telah anda laksanakan tugasan penghantaran untuknya.


Soalan 10: Bagaimana pula jika sebagai Seller Makan2U, saya ingin mendaftarkan beberapa Runner Penghantaran Sendiri untuk perniagaan saya sendiri?

Jawapan: Setiap Seller Makan2U hanya boleh mendaftarkan seorang sahaja Runner bagi penghantaran itemnya sendiri. Selebihnya, individu-individu berkaitan perlu mendaftarkan diri masing-masing sebagai Oncall Runner.


Soalan 11: Jika saya mendaftar diri sebagai Oncall Runner di Makan2U, bagaimana caranya saya boleh memperolehi tugasan penghantaran?

Jawapan: Untuk anda berpeluang dipilih untuk tugasan penghantaran oleh Seller Makan2U di kawasan anda, DAFTAR SEKARANG JUGA sebagai Oncall Runner mengikut POSKOD yang anda akan beroperasi. Apabila permohonan anda sebagai Oncall Runner diluluskan oleh pihak Makan2U, anda akan mula berada di dalam radar Seller Makan2U di kawasan POSKOD yang anda daftarkan.


Soalan 12: Bagaimana saya mengetahui yang saya ditawarkan tugasan penghantaran oleh Seller Makan2U?

Jawapan: Anda akan menerima notifikasi melalui Portal / Apps Makan2U dan juga melalui email yang dihantar kepada alamat email yang didaftarkan oleh anda.


Soalan 13: Apa perlu saya buat apabila ditawarkan tugasan penghantaran daripada Seller Makan2U?

Jawapan: Dengan SEGERA, anda perlu membuat pengesahan samada menerima atau menolak tugasan tersebut. Ini adalah kerana Seller Makan2U sedang mengejar untuk mengejar tempoh penghantaran item pesanan kepada pelanggannya.
Kelewatan anda membuat pengesahan menerima atau menolak tugasan akan turut menyebabkan Seller Makan2U berkenaan terpaksa menawarkan tugasan tersebut kepada Oncall Runner yang lain. Implikasi daripada ini juga, anda mungkin tidak dipercayai oleh Seller Makan2U tersebut lagi untuk ditawarkan tugas penghantaran di masa hadapan.


Soalan 14: Apa perlu saya buat seterusnya jika saya memberi pengesahan menerima sesuatu tugasan penghantaran?

Jawapan:

  1. Sebaik sahaja anda memberi pengesahan menerima tugasan tersebut, telefon Seller Makan2U berkaitan untuk mengambil item yang akan dihantar kepada Buyer Makan2U.
  2. Semasa item untuk dihantar diambil daripada Seller Makan2U, anda perlu terus meminta bayaran caj penghantaran anda daripadanya.
  3. Hubungi pihak Buyer Makan2U bagi mengesahkan alamat penghantaran dan memaklumkan anda sedang dalam perjalanan untuk membuat penyerahan item.
  4. Apabila membuat serahan item, anda perlu meminta maklumat Nama dan No. Kad Pengenalan / Passport individu yang menerima item yang diserahkan oleh anda sebagai bukti penerimaan bagi anda melengkapkan proses "SAHKAN Penyerahan".
  5. Jika jualan adalah secara COD, anda perlu mengambil bayaran daripada Buyer Makan2U berkaitan dan menyerahkan bayaran tersebut kepada Seller Makan2 berkaitan dengan cara yang telah dipersetujui sebelumnya.

Soalan 15: Adakah saya mempunyai hak untuk menolak tugasan penghantaran daripada Seller Makan2U?

Jawapan: YA! Anda berhak menolaknya! Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak mungkin akan menyebabkan Seller Makan2U berkaitan akan kurang mempertimbangkan untuk memberi tugasan penghantaran kepada anda pada masa hadapan kerana dianggap "kurang supportive".


Soalan 16: Bolehkah saya mendaftarkan lebih daripada satu POSKOD bagi kawasan operasi saya?

Jawapan: BOLEH! JIKA anda benar-benar yakin mampu untuk melaksanakannya.
Anda perlu memastikan dengan berbuat demikian anda masih boleh membuat penghantaran dalam tempoh yang telah dijanjikan oleh Seller Makan2U yang telah memberikan tugasan penghantaran kepada anda.


Soalan 17: Berapakah kadar caj penghantaran yang perlu saya letakkan bagi setiap perkhidmatan penghantaran yang akan saya buat?

Jawapan: Letakkan kadar caj yang paling kompetitif supaya semua Seller Makan2U di lokasi anda tertarik untuk mengambil perkhidmatan penghantaran daripada anda.


Soalan 18: Bagaimana jika saya tidak dibayar oleh Seller Makan2U berkaitan setelah saya melaksanakan tugasan penghantaran kepada Buyer Makan2U?

Jawapan: Anda sendiri perlu bijak dalam hal ini!
Sebaiknya anda perlu meminta bayaran perkhidmatan penghantaran anda daripada Seller Makan2U berkaitan semasa mengambil item untuk diserahkan kepada Buyer Makan2U.


Soalan 19: Bagaimana pula jika saya sendiri yang tidak amanah ketika melaksanakan perkhidmatan saya sebagai Oncall Runner; contohnya seperti mencuri, merosakkan, tidak menghantar item kepada Buyer Makan2U seperti yang sepatutnya dan yang seumpamanya?

Jawapan: Jika perkara ini benar-benar berlaku, pihak Seller Makan2U atau Buyer Makan2U berhak membuat laporan polis menggunakan maklumat peribadi anda yang telah anda daftarkan di Makan2U. Malah, pihak Makan2U sendiri, melalui laporan polis tersebut akan menggantung atau membatalkan perkhidmatan anda sebagai Oncall Runner Makan2u serta-merta.


Soalan 20: Ada apa-apa pesanan agar perkhidmatan penghantaran yang saya tawarkan sentiasa menjadi pilihan?

Jawapan: YA! KUALITI setiap perkhidmatan penghantaran anda akan sentiasa dinilai melalui kaedah "Review & Rating" oleh kedua-dua pihak, Seller Makan2U dan Buyer Makan2U.
PASTIKAN sentiasa memperolehi "Review & Rating" yang terbaik bagi setiap tugasan penghantaran yang dilaksanakan.


Soalan 1: Apakah itu PPC?

Jawapan: PPC ialah singkatan kepada Prepaid-Credit (Kredit Pra-Bayar); nilai kredit bagi menggantikan wang tunai, digunakan oleh ahli Makan2U terutamanya Seller, bagi membayar kepada pihak Makan2U apa-apa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Makan2U.
Konsepnya sama seperti penggunaan kad prepaid telefon; anda perlu mengisi nilainya terlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya.


Soalan 2: Jadi, adakah saya akan diberikan kad khusus apabila membeli PPC ini?

Jawapan: TIDAK! Penggunaan PPC ini tidak menggunakan kad, sebaliknya nilai PPC yang dibeli oleh ahli daripada Makan2U akan tertera pada akaun PPC Makan2U masing-masing.


Soalan 3: Siapa yang perlu membeli / ada PPC ini?

Jawapan: Semua Seller Makan2U dan mana-mana pengiklan yang mahu menggunakan perkhidmatan iklan di Makan2U perlu membeli / mempunyai PPC.


Soalan 4: Apakah nilai setara PPC ini?

Jawapan: Satu (1) unit PPC mempunyai nilai yang setara dengan RM0.02 (2 sen).
Walaubagaimanapun, Seller dalam kategori Perniagaan Tunggal / Perkongsian (ROB) diberikan DISKAUN KHAS sebanyak 50% oleh pihak Makan2U.
Ini beerti, nilai setara untuk 1 unit PPC bagi Seller Makan2U dalam kategori ROB ialah RM0.01 (1 sen); manakala bagi Seller dalam kategori Syarikat (ROC) pula, nilai setara untuk 1 unit PPC kekal pada RM0.02 (2 sen).
Sebagai contoh, bagi membeli PPC daripada Makan2U untuk pakej nilai 1,000 unit, Seller dalam kategori ROB akan memperolehi pada harga RM10.00, manakala Seller dalam kategori ROC pula pada harga RM20.00.


Soalan 5: Kenapa pula Seller Makan2U dalam kategori ROB menerima DISKAUN KHAS tersebut?

Jawapan: Ini adalah sebagai Rangsangan Niaga daripada Makan2U kepada usahawan-usahawan kecil yang sememangnya diketahui umum mempunyai kekangan modal terutamanya bagi tujuan A&P (Advertising & Promotional).


Soalan 6: Apakah perkhidmatan dalam Makan2U yang dicaj menggunakan PPC?

Jawapan: Perkhidmatan dalam Makan2U yang dicaj menggunakan PPC adalah:

  1. Setiap KLIK untuk paparan detail item jualan dalam senarai-iklan di Makan2U.
    Caj sebanyak 10 unit PPC akan dikenakan ke atas Seller Makan2U item berkaitan.
  2. Setiap paparan detail Oncall Runner di Makan2U.
    Caj sebanyak 50 unit PPC akan dikenakan ke atas Seller Makan2U berkaitan bagi memaparkan perincian Oncall Runner yang belum terdapat di dalam senarai Pasukan Runnernya.
  3. Setiap kali item jualan yang berjaya dalam bidaan dipaparkan melalui "Sponsored List Ads" ataupun "Featured Ads".
    Caj sebanyak unit PPC yang dibida akan dikenakan ke atas Seller Makan2U ataupun pengiklan berkaitan setiap kali item dipaparkan selagi mana ianya diaktifkan.

Soalan 7: Berapakah nilai-nilai unit PPC yang boleh dibeli?

Jawapan: Anda boleh membeli unit PPC daripada Makan2U dalam pakej nilai berikut:

  1. Seribu (1,000) unit
  2. Lima Ribu (5,000) unit
  3. Sepuluh Ribu (10,000) unit
  4. Duapuluh Lima Ribu (25,000) unit
  5. Limapuluh Ribu (50,000) unit
  6. Seratus Ribu (100,000) unit

Kita ambil contoh, jika anda membeli / mempunyai 1000 unit kredit PPC dan anda mempunyai 1 item jualan di Makan2U. Ini beerti, untuk sesuatu jualan itu berlaku, secara puratanya item jualan anda boleh diklik oleh 100 pengguna / Buyer Makan2U (1 klik = 10 PPC).
Jika lebih banyak item jualan anda yang disenarai-iklankan, maka secara puratanya, semakin kuranglah bilangan pengguna / Buyer Makan2U yang dapat mengklik pada setiap item jualan anda bagi membuat belian. Ini juga boleh membawa erti, nilai kredit PPC anda dapat bertahan dalam tempoh yang lebih singkat.


Soalan 8: Apakah ada kemungkinan terjadinya kes caj berganda PPC apabila ada pengguna Makan2U yang mengklik berulangkali (dengan niat atau tidak) pada item jualan yang sama?

Jawapan: Kemungkinan tersebut; untuk berlakunya pengguna yang akan mengklik berulangkali pada item jualan yang sama sememangnya ada.
Walaubagaimanapun, pihak Makan2U telah mewujudkan mekanisma pencegahan bagi mengelakkan berlakunya fenomena caj berganda PPC bagi keadaan sedemikian.
SETIAP ITEM HANYA AKAN DICAJ SEKALI SAHAJA daripada alamat IP yang SAMA (dengan andaian pengguna yang sama) untuk HARI yang SAMA.


Soalan 9: Bolehkah saya membeli kredit PPC Makan2U daripada tempat-tempat lain?

Jawapan: TIDAK BOLEH! Anda HANYA boleh membeli kredit PPC Makan2U daripada Makan2U SAHAJA.


Soalan 10: Berapa lama tempoh kredit PPC Makan2U yang saya "Topup" boleh bertahan?

Jawapan: TIADA TEMPOH LUPUT untuk kredit PPC Makan2U.
Berkenaan berapa lama pula jumlah kredit PPC anda dapat bertahan, ia bergantung kepada sejauh mana aktifnya pengguna / Buyer Makan2U cuba memperolehi maklumat detail item jualan anda bagi tujuan pembelian. JUGA, sejauh mana aktifnya anda menggunakan pengiklanan "Sponsored List Ads" ataupun "Featured Ads".


Soalan 11: Apa yang terjadi jika semua unit kredit PPC telah habis (sifar)?

Jawapan: Jika unit kredit PPC anda telah habis sekalipun, item-item jualan anda masih tetap ada di dalam senarai-iklan Makan2U dan masih boleh dilihat oleh pengguna/Buyer Makan2U. Walaubagaimanapun, apabila keadaan ini berlaku, pengguna / Buyer Makan2U tidak dapat mengklik pada item-item jualan anda bagi tujuan pembelian.


Soalan 12: Bagaimana caranya untuk saya mengelakkan unit kredit PPC saya habis tanpa saya menyedarinya?

Jawapan: Email peringatan secara automatik akan dihantar kepada anda apabila baki unit kredit PPC anda menyusut sehingga kepada nilai-nilai tertentu sebelum ianya benar-benar habis (sifar).


Soalan 13: Bagaimana caranya untuk saya mengetahui perincian penggunaan PPC saya?

Jawapan: Anda boleh menyemak log penggunaan PPC melalui cara berikut:

  1. Melalui "Dashboard" anda, klik pada "Prepaid-Credit (PPC)".
  2. Melalui submenu yang terbuka, klik "Semak Penggunaan PPC".
  3. "Log Penggunaan PPC" akan terbuka; segala perincian penggunaan kredit PPC anda akan disenaraikan.

Soalan 1: Apakah itu Sponsored List Ads?

Jawapan: Sponsored List Ads adalah satu kaedah menarik perhatian pengguna dengan cara memposisikan item jualan yang terlibat pada 3 POSISI TERATAS dalam senarai-item pada 3 HALAMAN PERTAMA carian; paling diberi perhatian oleh pengguna apabila membuat carian.


Soalan 2: Apakah kelebihan pengiklanan secara Sponsored List Ads ini?

Jawapan: Melalui pengiklanan secara Sponsored List Ads ini, item jualan anda akan LEBIH MENONJOL berbanding item jualan Seller Makan2U yang lain atas faktor posisinya pada:

  1. 3 POSISI TERATAS dalam senarai carian.
  2. 3 HALAMAN PERTAMA carian.

Soalan 3: Apa yang patut saya lakukan jika mahu mengiklankan item jualan saya melalui Sponsored List Ads ini?

Jawapan: Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Melalui "Dashboard" anda, klik pada "Urusan Jualan (SELLER)".
  2. Melalui submenu yang terbuka, klik "Setting ADS Item-Jualan".
  3. Pada halaman "Setting ADS Item-Jualan", klik pada butang "Togel OnOff" item jualan anda yang berkaitan di bawah lajur "SL Ads".
  4. Apabila halaman "Setting Sponsored List Ads" terbuka, klik pada "AKTIFKAN".
  5. Tentukan samada Halaman 1, 2, 3 atau ketiga-tiga halaman pertama untuk anda posisikan item jualan anda melalui iklan Sponsored List Ads ini.
  6. Masukkan "Bidaan Unit PPC"; mengikut penilaian anda boleh mengatasi Seller Makan2U yang lain yang turut membida bagi memposisikan item jualan masing-masing di posisi 3 teratas serta 3 halaman pertama senarai carian.
  7. Klik butang "Sahkan".

Soalan 4: Apa yang berlaku apabila saya mengaktifkan pengiklanan Sponsored List Ads seperti di atas?

Jawapan: Apabila anda membuat setting seperti di atas, ini bererti anda telah mengaktifkan iklan anda melalui Sponsored List Ads. Ini juga bererti, SETIAP KALI item jualan anda SEPADAN dengan carian mana-mana pengguna Makan2U dan BIDAAN UNIT PPC anda berada dalam KELOMPOK 3 PALING TINGGI, maka item jualan tersebut akan TERSENARAI dalam bahagian Sponsored List Ads yang berkaitan. Dalam masa yang sama, anda akan DICAJ DENGAN NILAI BIDAAN unit PPC yang telah anda setkan itu.
Proses ini akan TERUS BERLAKU SEHINGGA ANDA MENGHENTIKAN IKLAN ini ataupun apabila KESEMUA KREDIT PPC ANDA HABIS!


Soalan 5: Bagaimana cara setting untuk saya menghentikan pengiklanan melalui Sponsored List Ads ini untuk item jualan saya yang berkaitan?

Jawapan: Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Melalui "Dashboard" anda, klik pada "Urusan Jualan (SELLER)".
  2. Melalui submenu yang terbuka, klik "Setting ADS Item-Jualan".
  3. Pada halaman "Setting ADS Item-Jualan", klik pada butang "Togel OnOff" item jualan anda yang berkaitan di bawah lajur "SL Ads".
  4. Apabila halaman "Setting Sponsored List Ads" terbuka, klik pada "HENTIKAN".
  5. Klik butang "Sahkan".

Soalan 1: Apakah itu Featured Ads?

Featured Ads adalah satu kaedah menarik perhatian pengguna dengan cara menampilkan item jualan yang terlibat pada ruangan khas samada di sisi kanan / bawah kandungan utama.


Soalan 2: Apakah kelebihan pengiklanan secara Featured Ads ini?

Jawapan: Melalui pengiklanan secara Featured Ads ini, item jualan anda akan LEBIH MENONJOL sebagai PILIHAN kepada apa yang pengguna cari.


Soalan 3: Apa yang patut saya lakukan jika mahu mengiklankan item jualan saya melalui Featured Ads ini?

Jawapan: Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Melalui "Dashboard" anda, klik pada "Urusan Jualan (SELLER)".
  2. Melalui submenu yang terbuka, klik "Setting ADS Item-Jualan".
  3. Pada halaman "Setting ADS Item-Jualan", klik pada butang "Togel OnOff" item jualan anda yang berkaitan di bawah lajur "F Ads".
  4. Apabila halaman "Setting Featured Ads" terbuka, klik pada "AKTIFKAN".
  5. Tentukan samada Halaman 1, 2, 3 atau ketiga-tiga halaman pertama untuk anda posisikan item jualan anda melalui iklan Featured Ads ini.
  6. Masukkan "Bidaan Unit PPC"; mengikut penilaian anda boleh mengatasi Seller Makan2U yang lain yang turut membida bagi memposisikan item jualan masing-masing di 3 halaman pertama senarai carian.
  7. Klik butang "Sahkan".

Soalan 4: Apa yang berlaku apabila saya mengaktifkan pengiklanan Featured Ads seperti di atas?

Jawapan: Apabila anda membuat setting seperti di atas, ini bererti anda telah mengaktifkan iklan anda melalui Featured Ads. Ini juga bererti, SETIAP KALI item jualan anda SEPADAN dengan carian mana-mana pengguna Makan2U dan BIDAAN UNIT PPC anda berada dalam KELOMPOK 3 PALING TINGGI, maka item jualan tersebut akan TERSENARAI dalam bahagian Featured Ads yang berkaitan. Dalam masa yang sama, anda akan DICAJ DENGAN NILAI BIDAAN unit PPC yang telah anda setkan itu.
Proses ini akan TERUS BERLAKU SEHINGGA ANDA MENGHENTIKAN IKLAN ini ataupun apabila KESEMUA KREDIT PPC ANDA HABIS!


Soalan 5: Bagaimana cara setting untuk saya menghentikan pengiklanan melalui Featured Ads ini untuk item jualan saya yang berkaitan?

Jawapan: Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Melalui "Dashboard" anda, klik pada "Urusan Jualan (SELLER)".
  2. Melalui submenu yang terbuka, klik "Setting ADS Item-Jualan".
  3. Pada halaman "Setting ADS Item-Jualan", klik pada butang "Togel OnOff" item jualan anda yang berkaitan di bawah lajur "F Ads".
  4. Apabila halaman "Setting Featured Ads" terbuka, klik pada "HENTIKAN".
  5. Klik butang "Sahkan".


Maklumat terkini setakat: 1 November, 2019

PENGUMUMAN PENTING!

Makan2U KINI Telah Mula BEROPERASI!

PENDAFTARAN Sebagai Seller & Oncall Runner di Makan2U SEDANG DIBUKA!!

PERCUMA Yuran Pemprosesan dan 1,000 unit PPC kepada 1,000 Seller Makan2U TERAWAL!!!

Pemandangan