Makan2U

Penafian / Disclaimer

Penafian

Pernyataan Penafian

Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat yang terkandung dalam portal ini, tiada waranti, secara nyata atau tersirat diberikan oleh Halal Hub Development Services ("HHDS") tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi. HHDS tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku.

HHDS tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua ganti rugi, termasuk tanpa batasan, ganti rugi khas, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selainnya tidak kira bagaimana jua sekalipun.


Perihal Halalan Toyyiban

Sememangnya HHDS amat prihatin perihal Halalan Toyyiban produk yang ditawarkan di Makan2U. Sebaik mungkin dan terdaya, HHDS akan memastikan aspek ini dipatuhi. Bagi tujuan ini, asas yang digunakan ialah:

  1. Seller Muslim secara amanahnya bertanggungjawab memastikan produk mereka sentiasa berkeadaan Halalan Toyyiban (semua sumber & proses) sehinggalah ianya diserahkan ke tangan Buyer Makan2U.
  2. Hanya Seller Non-Muslim yang dapat mengemukakan sijil perakuan Halal Jakim yang masih SAH, dibenarkan menawarkan produk yang tersenarai dalam sijil tersebut di Makan2U.
HHDS mengambil pendirian bersangka baik terhadap semua Seller 1) dan 2) yang telah mengikrarkan Deklarasi Komitmen 13 Perkara Halalan Toyyiban semasa proses permohonan pendaftaran dibuat.


Perihal Keselamatan Makanan

Sememangnya HHDS amat prihatin perihal keselamatan produk yang ditawarkan di Makan2U. Sebaik mungkin dan terdaya, HHDS akan memastikan aspek ini dipatuhi. Bagi tujuan ini, semua Seller dan setiap pekerja masing-masing diwajibkan mendapatkan suntikan imunisasi typhoid dan menyertakan salinan kad suntikan tersebut semasa proses permohonan sebagai Seller Makan2U; sebagai sebahagian syarat kelulusan sebagai Seller Makan2U. Seharusnya juga, pihak Seller serta pekerja mereka masing-masing secara asasnya telah mengetahui tanggungjawab mereka ini apabila mengikrarkan Deklarasi Komitmen 13 Perkara Halalan Toyyiban semasa proses permohonan dibuat.


Perihal Kebolehpercayaan Transaksi

Sememangnya HHDS amat prihatin perihal kebolehpercayaan transaksi di antara semua pihak yang terlibat; Seller, Buyer dan Runner. Sebaik mungkin dan terdaya, HHDS akan memastikan aspek ini dipatuhi. Bagi tujuan ini, semua transaksi direkodkan serta diemailkan kepada semua pihak yang berkaitan dengan sesuatu transaksi itu sebagai bukti bertulis untuk rujukan dan tindakan yang perlu.


Bertarikh: 1 November, 2019 (MAKAN2U/DISC/1911/00/00)

PENGUMUMAN PENTING!

Makan2U KINI Telah Mula BEROPERASI!

PENDAFTARAN Sebagai Seller & Oncall Runner di Makan2U SEDANG DIBUKA!!

PERCUMA Yuran Pemprosesan dan 1,000 unit PPC kepada 1,000 Seller Makan2U TERAWAL!!!

Pemandangan